Wednesday, September 9, 2015

KISAH SI NIQABIS PEMAKAI PAKAIAN ISTERI NABI MUHAMMAD SAW




Mengimbau USRAH NIQABIS kelmarin.

Kasihan ya Allah. Allah. Allah. Tak sanggup cerita. Namun ini mungkin mampu ketuk hati muslimah sekalian.

Masih ada yang  pertikaikan pakaian SUNNAH. Hijab niqabis. Pakaian para muslimah di luar sana.
Perlu ke kata mereka kolot bertudung labuh? Pakai niqab, ganas pula dikatanya.

Sampai ada tahan mengata dengan nada kasar.

“Berjubah bagai, stokin stongan, pergi kedai je pon. ish kau tak panas apa? Kata je duduk KL. Orang KL tapi takde style langsung!”
*pause* Deep. Tergamam. Lalu niqabis yang hina itu mengeluarkan sapu tangannya untuk mengelap air matanya yang sudah berderai jatuh ke bumi.
Lantas niqabis itu beristighfar. Sesak dadanya bila mendengar suara perlian dari sahabat rapat. Bukan lagi masyarakat lain.

Lalu. Monolog niqabis itu . . .

"Ya! Benar. Kami niqabis yakin Allah Maha Melihat. Allah tak tengok luaran kami sahaja. Yang Allah lihat dalaman. Hati kita. Ana tak kesah enti saudara seIslam ana mampu hina ana. Tapi ana MENANGIS teresak-esak kerana enti hina pakaian SUNNAH isteri Nabi. Hijrah bukan mudah, tapi ana tahu mahalnya syurga"

Kini.

Niqabis itu bahagia.

Bila ditanya kenapa dia mampu BAHAGIA meskipun pelbagai ujian dan dugaan melanda?

Jawabnya lembut ''BAHAGIA ini milik Allah. Lalu Allah pinjamkan sat ja kepada hambaNya yang tahu bersyukur. Bahagia dalam pakaian taqwa yang dikata ZUHUD. Kalau hati tak ada. peduli orang kata, asal kita bahagia bila ALLAH makin dekat dengan kita”.

MashaALLAH! 

Saling berpelukan saudara seIslam itu. USRAH berhenti dengan tangisan. Tangisan yang betul-betul lahir dari hati para niqabis :')

Renungan buatmu niqabis. Kuat ya? Kak El punya hati. Faham hati-hati kalian. 

Dari Aisyah r.a: 

Rombongan-rombongan haji melintasi kami yang sedang dalam keadaan ihram bersama Rasulullah s.a.w. Jika salah satu rombongan itu sejajar dengan kami, maka setiap orang dari kami akan menurunkan jilbabnya dari arah kepalanya untuk menutupi wajahnya. Bila mereka telah menjauh dari kami, maka kami membuka wajah kami kembali.

 (H.R. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Janganlah wanita yang berihram itu mengenakan penutup wajah/muka atau pun penutup (sarung) tangan. 

(H.R.Bukhari)


Dari Asma’ binti Abu Bakar, dia berkata: 

Kami biasa menutup wajah kami dari pandangan lelaki dan sebelum itu kami juga biasa menyisir rambut ketika ihram. 

(H.R. al-Hakim)


Dari ‘Abdullah bin Umar, dia berkata: 

Ketika Nabi s.a.w melihat Syafiyah, Baginda s.a.w melihat Aisyah mengenakan niqab (penutup wajah) di dalam sekumpulan para wanita. Dan Baginda s.a.w tahu bahawa itu adalah Aisyah berdasarkan niqabnya. 

(H.R. Ibnu Sa’ad)


Dari Anas bin Malik (dalam Perang Khaibar): 

“Akhirnya para sahabat pun mengetahui bahawa Nabi s.a.w menjadikannya (Shafiyah) sebagai isteri. Ini adalah kerana Baginda s.a.w memakaikan khimar kepadanya dan membawanya duduk di belakangnya (di atas unta). Dan Baginda pun menutupkan selendang (pakaian) Baginda s.a.w pada punggung dan wajahnya” 

(H.R. Bukhari, Muslim, Ahmad)



Dari ‘Aisyah (di dalam peristiwa al-Ifki), dia berkata:

 (Ketika di dalam suatu perjalanan perperangan, Aisyah tertinggal dalam satu persinggahan) katanya, “aku berharap kumpulan prajurit akan menyedari bahawa aku tidak ada di dalam tandu dan segera akan kembali mencariku (yang tertinggal). Ketika aku duduk di perkhemahanku itu, aku terasa mengantuk lalu aku pun tertidur. Ketika itu, Shafwan bin Mu’aththal as-Sulaimi adz-Dzakwani juga mengalami nasib yang sama, tertinggal dari rombongan prajurit. Dia pun berjalan menghampiri perkhemahanku dan melihat dari kegelapan ada sekujur tubuh manusia yang sedang tertidur. Dia pun menghampiriku. Dan dia mengenaliku, kerana dia pernah melihatku sebelum turun ayat hijab. Ketika dia tahu bahawa yang tertidur itu adalah aku, dia pun berteriak istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi raji’un). Teriakan tersebut membuatkanku terjaga dari tidur dan aku cepat-cepat menutup wajahku dengan NIQAB”

(Rujuk di dalam Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran Surah an-Nuur, 24:11.

Sirah Ibnu Hisyam, 3/309. H.R. Bukhari dan Muslim)



Salam sepenuh cinta,

Kak El-Fareesya

3:11 PM MALAYSIA MESIR

No comments:

Post a Comment