Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, Allah swt memberi ruang untuk kak El menulis dalam entry yang pertama.
Segala puji padaNya. Menangis, melihat 'kita' pada hari ini. Allahurabbi.
Entry ini kak El nukilkan khas . . .
Buatmu kaum hawa yang sedang haus' ke arah agama.
Buatmu yang masih menyuluh jalan mujahadah.
Buatmu yang tak henti-henti mengeluh mencari kitab cintaNya.
Ya, betul qoute ini bila kak El renungkan. "Home is where your heart is. Home is where Allah is".
Tiada rumah' yang lebih didambakan oleh kita melainkan Jannatul Firdaus. Kak El seakan mahu memimpin tanganmu wahai kaum hawa untuk kita sama-sama kembali pada Allah.
Kita belajar dari jatuh bersama. Merangkak bersama. Susah bersama. Senang bersama. Alangkah indahnya andai kita mampu 'bersama memimpin. Tak ego. Tak jemu.
Kita bersama kembali. Jom? :')
Selalu saja Allah hantar kepada kita pelbagai cara mengingatkan kita agar sentiasa kembali kepada Allah. Allah timpakan ujian. Musibah. Saat tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang rasa apa kita rasa. Apa yang kita pendam.
Kenapa?
Kerana kaum hawa itu terlihatnya ketabahan' dalam diam.
Teringat kak El sewaktu dulu, ada yang kata jalan dakwah sangat poyo. Kawan pun hanya geng sendiri, bertazkirah sambil syok sendiri, ke hulu ke hilir membuat promosi sambil study' dibuang ke tepi.
Kak El juga terasa dulu. Sebab? Kak El akui sebenarnya kak El hanya wanita bertudung labuh dan berpurdah yang mendambakan tarbiah saat yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Ada mementingkan dunia. Tapi akhirat tak dijaga. Ada mementingkan akhirat tapi dunia diketepikan. Dan sebagainya ragam manusia.
Jadi yang mana satu betul?
Pokoknya. Meskipun dua-dua nampak hebat. Kak El hanya mampu tersenyum. Mengiya'kan tidak. Dan apatah lagi mengatakan betul pun tidak. Cuma kita saja yang tahu apa motif kita berjalan di bumi ini?
Adakah untuk bersiar-siar? ATAU. Adakah untuk rehat selamanya di dunia. ATAU. Kita sedang mempersiapkan diri untuk berjumpa Tuhan kita?
Tiada qudwah-qudwah yang indah mampu mencairkan hati seseorang. Apatah lagi menarik dirinya mencintai Allah. Mengenali Allah.. Melainkan kita bermujahadah.
Ya. Mujahadah. Jalan yang paling ditakuti. Malah dijauhkan. Kenapa agaknya begitu?
Terutamanya kepada para niqabis?
Kak El sentiasa rasa rendah diri. Tak tawaduk mana pun. Kak El merasakan mujahadah seorang niqabis amat besar. Pada satu aspek niqabis dianggap seperti malaikat di mata manusia. Satu dosa pun tidak dibenarkan dalam kehidupan seharian. Hatta kesalahan kecil diperbesarkan dan terus digempar-gempurkan seolah kita lebih jahil dari seorang pencuri. Segala tindak tanduk, segala perkataan kita diperhati.
Ya Allah. Akur sekali lagi. Memang seorang niqabis suka tersenyum bila diuji :)
Yang membaca juga harus senyum. Meskipun liku hidupmu lebih perit.
Senyumlah. Inikan tarbiah agung untuk kita?
Pada zaman Rasulullah juga Baginda keluar bercerita dalam keadaannya yang tidak tahu menulis dan membaca, sudah pasti lebih dianggap poyo dan gila.
Begitulah sunnatullah. Susunan Allah bukanlah sangat istimewa. Segala sesuatu yang berulang pasti kerana hikmah yang mendalam. Dan segala sesuatu itu berulang kerana manusia tidak berubah sikapnya.
Bersabarlah bagi mereka yang mengejar kebaikan.
Kerana, bagi kak El sendiri, kita bekerja bukan kerana manusia, tetapi mengejar redha Allah semata-mata.
"Belum
sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka
mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran)
yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti
orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu
melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antara
mereka orang-orang yang fasiq (derhaka"
Al-Hadid : 16
Sepenuh cinta,
Kak El-Fareesya 11:46 PM Malaysia - Mesir
No comments:
Post a Comment