Saturday, August 29, 2015

PROMOTION I AM NIQABIS'NIQAB


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Alhamdullillah. Kak El lega, sebab niqab-niqab dari Mesir kak El sampai dah. Kak El akan update semua niqab kak El minggu depan. InshaAllah. Harga kasih sayang penuh cinta ;)


Kepada an-nisa kesayangan, boleh follow kak El di:


Insta : iamniqabiscollection
Page : I'm niqabis collection
Blog : iamniqabiscollection.blogspot.com



Sama-sama kita pelihara aurat. Orang kata memakai purdah/niqab tak ke panas? Bagi kak El, panas itu sementara sahaja sifatnya. Cukuplah niqabis memakai lebihan pakaian daripada terkurang. Nauzubillah min zalik.


InshaAllah. Niqab-niqab by kak El amat sejuk, selesa dipakai dan kualiti dijamin. Kak El sendiri memakainya sekian lama. Apatah lagi jarang. Allah. Kak El yakin tak ada sedikit pun jarang yang mampu menembus muka even pancaran matahari sekalipun. Jadi wajah niqabis lebih terjaga sepenuhnya.


Dulu semasa kak El sedang menuntut ilmu pengajian, kak El suka dan obses bermuamalat untuk membeli niqab daripada seller niqab. Apa design sahaja kak El simpan dan buat koleksi peribadi. Tapi ada satu peristiwa pahit sampai sekarang kak El tak mampu melupakannya. Atas dasar kak El melihat yang menjual niqab itu seorang muslimat yang berpurdah. Maka terlintas kak El ingin membeli 3 helai sahaja.



Akan tetap. Siapa tahu, akan hujan di kala panas terik. Senja pulang dengan suram. Niqab yang kak El beli sangat jarang dan kainnya pula tidak cukup melepasi bahagian dada. Kak El terkilan. Malu ingin memakainya. Sebaliknya kak El diam. Tanpa kata-kata mengejikan. Kak El membungkus semula ketiga-tiga niqab dan membuangnya.


Sudah cukup monolog berkata :


'El, nak berubah memang perlu ujian. Sabarlah. Allah uji maknanya Allah sayang' :'(


Sungguh ya Allah. Peristiwa ini membuatkan kak El sebelum bermuamalat kak El pasti berhati-hati. Tak mahu memori silam berulang lagi.

Sebagai seorang niqabis. Kak El mahu yang terbaik. Malah. Kak El faham segalanya kehendak muslimat berniqab.

Kita saudara, sayang.


Niat kita tetap teguh.


Tanpa paksaan apa pun, niqabis an-nisa memilih untuk ikhlas menutupnya dengan sepenuh hati.


Bila pakai niqab dari Mesir teringat filem Ayat-Ayat Cinta, dialog Fahri dan Maria.


“Tanpa sungai Nil, tiadalah Mesir, tiada juga peradaban. Yang ada hanyalah gurun pasir” - Maria

Nil dan Mesir itu jodoh.
Jaraknya tidak jauh setentang langit dan bumi,
malah dekat sekali.

Dan tertemunya menghidupkan hati, hati,
melahirkan nafas, nafas.
Sehingga pada yang menulis
hikayat Nil dan Mesir,
adanya aku yang mencinta.


Semoga kita istiqamah memakainya. Moga Allah lindung. Moga Allah jaga.



"Billions of souls in the darkness and Allah chose yours to be guided by His mercy"


MashaAllah. Nantikan promotion niqab kak El! :)

Sepenuh cinta,
Kak El-Fareesya. Mesir - Malaysia 3:40 PM

Friday, August 21, 2015

KAK EL-FAREESYA, SIAPAKAH?







Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum readers!


Alhamdulillah. Segala puji padaNya. Menangis, melihat 'kita' pada hari ini. Allahurabbi.


Kak El Fareesya, SIAPAKAH?


Entry kali ini kak El tujukan terutamanya 'muslimat' kesayangan kak El yang berhijrah mencari Allah. Kita sama saja hakikatnya. Kak El manusia, malah yang membaca jua manusia yang punya sekeping hati. Dan dalam hatinya punya secebis 'iman'. Alhamdulillah ya Allah.

Setiap bait tinta kak El sebenarnya lahirnya dari hati kak El sendiri. Ada 'muslimat' bertanya,


'kak El asal dari mana ya?'


Tersenyum kak El di sebalik purdah yang dipakai ini. Semestinya sayang, kak El tak bangga siapa kak El. Walhal cukuplah mengingatkan bahawa kak El berasal dari tanah.


Namun kak El terkilan. Kenapa kita diciptakan dari tanah, tetapi bersifat seperti langit?


Menjulang diri melebihi pengabdian pada Ilahi.


Kadang-kala kak El terusan diuji. Siapa kak El yang layak bahagia tanpa diuji? Ya. Saat waktu kak El diuji, hati masih luluh. Namun kak El melihat mereka yang berputus asa di sana. Masih lemah, masih kurang senyumannya. Dan melihat diri sendiri pula, yang tiada kurangnya asyik dengan keluhan.


Tiba-tiba, datang seorang muslimat berkata pada kak El, "Kak El, saya tak kuat macam kakak!"


Kak El faham maksudmu sayang. Things are always easier said than done, they say. Persis kak El sering berkata susah untuk bangun. Walaupun berkali-kali dikongsi motivasi atau nasihat. Tetap hati ini mengeluh jua.


Seakan berbicara,


"El, memang mudah lagi bercakap dari merasakan sendiri peritnya saat itu"


Tapi hakikatnya, manusia sebenarnya jarang melihat janji Allah. Kita tidak yakin pada balasan-balasan Allah di hari pembalasan. Kerana mata hanya nampak dunia, sedang akhirat masih ilusi. Yang pada itu nytata sekali mulut dikunci sedang anggota yang menjadi saksi. Jadi sudah-sudahlah dengan alasan. Hidupkan hari dengan aksi-aksi sebagai bukti.


Cukuplah kak El tidak menjadi manusia lupa, bahkan jauh dari riak yang syirik tampaknya halus. Kak El tidak akan lupa, sebenarnya ketika mana kita bermula dari bawah. Ketika kalimah Allah tidak lekang di bibir mengatasi yang lain.


Kak El hanya bertawakal penuh yakin meminta perlindungan. Sungguh malu kak El untuk berasa bangga walhal telah pun lupa, pada awal-awal dahulu bagaimana kak El disapa. Berkelakuan rendah hati. Allahlah di tengah-tengah silaturrahim kita, di atas dan bersama kita.


Segala cukup indah bukan?



Takpalah tidak tahu asal kak El. Biar sahaja matahari membenam diri, namun cahatanya masih ada dipancar bulan.


Takpalah tidak tahu asal kak El. Biar alam gelap tak nampak cantik rerama, kerana malam masih cantik dengan gugusan bintang. 



Siapakah kak El?

Bukan siapa-siapa, cukuplah kak El milik Allah.

Namun kak El punya zauji tersayang iaitu Muhammad Niswan Faris. Punya keluarga. Punya kalian.




Cukuplah lintasan nama kak El dalam doa' kalian. Allahu robbana, Tuhan yang mengurniakan nikmat pada diri yang kerdil ini. Cerita kita, kita simpankan dalam doa-doa. Jangan jemu berdoa. Kerana doamu begitu mustajab, siapa tahu?



Setiap saat penuh ruang untuk berubah, ayuh melangkah? :)




P/S : Kak El akan udpate soon niqab wa purdah! Just waiting ya, in sha Allah harga adik-beradik sahaja. Sama-sama mengejar mardhatillah. Ameen.




Salam penuh cinta,

Kak El Fareesya 6:59 PM Malaysia - Mesir








Wednesday, August 19, 2015

AHLAN WASAHLAN PARA NIQABIS








Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'laikum.



Alhamdulillah, Allah swt memberi ruang untuk kak El menulis dalam entry yang pertama.


Segala puji padaNya. Menangis, melihat 'kita' pada hari ini. Allahurabbi.


Entry ini kak El nukilkan khas  . . .


Buatmu kaum hawa yang sedang haus' ke arah agama.


Buatmu yang masih menyuluh jalan mujahadah.


Buatmu yang tak henti-henti mengeluh mencari kitab cintaNya.



Ya, betul qoute ini bila kak El renungkan. "Home is where your heart is. Home is where Allah is".


Tiada rumah' yang lebih didambakan oleh kita melainkan  Jannatul Firdaus. Kak El seakan mahu memimpin tanganmu wahai kaum hawa untuk kita sama-sama kembali pada Allah.


Kita belajar dari jatuh  bersama. Merangkak bersama. Susah bersama. Senang bersama. Alangkah indahnya andai kita mampu 'bersama memimpin. Tak ego. Tak jemu.



Kita bersama kembali. Jom? :')


Selalu saja Allah hantar kepada kita pelbagai cara mengingatkan kita agar sentiasa kembali kepada Allah. Allah timpakan ujian. Musibah. Saat tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang rasa apa kita rasa. Apa yang kita pendam.


Kenapa?


Kerana kaum hawa itu terlihatnya ketabahan' dalam diam.


Teringat kak El sewaktu dulu, ada yang kata jalan dakwah sangat poyo. Kawan pun hanya geng sendiri, bertazkirah sambil syok sendiri, ke hulu ke hilir membuat promosi sambil study' dibuang ke tepi.


Kak El juga terasa dulu. Sebab? Kak El akui sebenarnya kak El hanya wanita bertudung labuh dan berpurdah yang mendambakan tarbiah saat yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Ada mementingkan dunia. Tapi akhirat tak dijaga. Ada mementingkan akhirat tapi dunia diketepikan. Dan sebagainya ragam manusia.



Jadi yang mana satu betul?


Pokoknya. Meskipun dua-dua nampak hebat. Kak El hanya mampu tersenyum. Mengiya'kan tidak. Dan apatah lagi mengatakan betul pun tidak. Cuma kita saja yang tahu apa motif kita berjalan di bumi ini?



Adakah untuk bersiar-siar? ATAU. Adakah untuk rehat selamanya di dunia. ATAU. Kita sedang mempersiapkan diri untuk berjumpa Tuhan kita?



Tiada qudwah-qudwah yang indah mampu mencairkan hati seseorang. Apatah lagi menarik dirinya mencintai Allah. Mengenali Allah.. Melainkan kita bermujahadah.



Ya. Mujahadah. Jalan yang paling ditakuti. Malah dijauhkan. Kenapa agaknya begitu?


Terutamanya kepada para niqabis?


Kak El sentiasa rasa rendah diri. Tak tawaduk mana pun. Kak El merasakan mujahadah seorang niqabis amat besar. Pada satu aspek niqabis dianggap seperti malaikat di mata manusia. Satu dosa pun tidak dibenarkan dalam kehidupan seharian. Hatta kesalahan kecil diperbesarkan dan terus digempar-gempurkan seolah kita lebih jahil dari seorang pencuri. Segala tindak tanduk, segala perkataan kita diperhati.



Ya Allah. Akur sekali lagi. Memang seorang niqabis suka tersenyum bila diuji :)


Yang membaca juga harus senyum. Meskipun liku hidupmu lebih perit.


Senyumlah. Inikan tarbiah agung untuk kita?


Pada zaman Rasulullah juga Baginda keluar bercerita dalam keadaannya yang tidak tahu menulis dan membaca, sudah pasti lebih dianggap poyo dan gila.


Begitulah sunnatullah. Susunan Allah bukanlah sangat istimewa. Segala sesuatu yang berulang pasti kerana hikmah yang mendalam. Dan segala sesuatu itu berulang kerana manusia tidak berubah sikapnya.

Bersabarlah bagi mereka yang mengejar kebaikan.


Kerana, bagi kak El sendiri, kita bekerja bukan kerana manusia, tetapi mengejar redha Allah semata-mata.




"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antara mereka orang-orang yang fasiq (derhaka" 


Al-Hadid : 16




p/s : Niqabis bukan malaikat dan tak pernah juga lagaknya menjadi malaikat. Nantikan I Am Niqabis Collection kak El dalam entry selepas ini. Kak El akan update! Harga kasih sayang ja. In sha Allah  :)



Sepenuh cinta,


Kak El-Fareesya 11:46 PM   Malaysia - Mesir